Saturday, March 20, 2010
Jalanilah kehidupanmu sebagai seorang hamba ALLAH
Kehidupan manusia tidak akan lari daripada konsep ketuhanan.Setiap manusia akan mempunyai naluri yang kuat untuk bertuhan.Begitu jualah bagi umat islam,umat islam bersaksi bahawa tuhannya adalah ALLAH yang satu,ALLAH yang maha esa,ALLAH lah segala-galanya bagi umat islam.cumanya umat islam itu kadang kala atas namanya sahaja tidak pada perbuatan yang boleh melambangkan seseorang itu benar-benar menyembah ALLAH.Setiap perbuatan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat kerana ALLAH,hal ini kerana ALLAH lah yang menciptakan kita,kita sewajibnya bersyukur dan meletakkan ALLAH ditempat teratas sekali dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.lakukan sesuatu kerana ALLAH,mudah-mudahan hidup kita diberkati ALLAH selalu.setiap perbuatan yang kita lakukan sepertoi makan,tidur,berhadas kecil atau besar,belajar dan sebagainya adalah satu ibadah,kita makan kerana ALLAH.kita tidur kerana ALLAH dan seterusnya.Sekiranya kita tidak mendidik diri kita daripada awal untuk melakukan sesuatu kerana ALLAh,tidak mustahil suatu hari nanti,kita akan lari daripada ALLAH,malah,mungkin juga suatu hari nanti,ALLAH akan melupakan kita.Jadi,lakukan sesuatu perbuatan itu kerana ALLAH,mudah-mudahan hidup kita diberkati ALLAH selalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment