Tuesday, March 23, 2010
Kau Sahabat Kau Teman Sejati
Berkawan merupakan fitrah kehidupan sebagai seorang manusia.Manusia tidak boleh lari daripada keinginan untuk berkawan.Berkawan juga mampu mengubah seseorang itu menjadi baik atau sebaliknya.Kawan yang baik umpama penjual minyak wangi yang mana sekiranya kita berkawan dengan orang tersebut,kita akan mudah terkena tempias minyak wanginya manakala kawan yang buruk ibarat tukang besi yang mana bila kita berkawan dengan orang tersebut,kita akan terkena tempias apinya.Kawan yang baik mampu membawa kita ke jalan yang diredoi ALLAH.Kawan yang baik juga sentiasa berada di sisi kita ketika kita senang atau susah.Kawan yang baik juga tau apa yang terbaik untuk kawan baiknya.Sekiranya kawan baik itu memerlukan pertolongan,kawan baik itu akan mudah untuk memberikan pertolongan.Kawan yang baik tidak akan mudah melatah sekiranya berlaku perselisihan dengan kawannya kerana kawan yang baik itu mahukan yang terbaik untuk kawan baiknya.Kawan yang baik juga tidak akan lupa mendoakan kawan baiknya dalam setiap waktu dalam solat atau ketika kawan baiknya ditimpa musibah dan ujian daripada ALLAH.Sekiranya anda telah menjumpai kawan seperti ini,hargailah DIA sebagai kawan anda kerana kawan yang baik sukar dan bersyukurlah kepada ALLAH kerana kawan baik anda telah ditakdirkan ALLAH untuk bersama-sama anda di dunia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment